Friday, March 7, 2014

Arjuna Beta - Fynn Jamal



Assalamualaikum =)

Hari ni nak kongsi sikit pasal lagu ni. Lagu ni sangat unik dan menarik. Jika dihayati liriknya yang mendalam maksudnya ni pasti korang teringat ibu korang..apa dalam fikiran mereka kepada anak-anaknya.. jom dengar sambil tengok lirik






Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular~
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata~
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moda kau tak lupe bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa.

Sunday, March 2, 2014

Solat Berjemaah & Ganjarannya?

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Solat berjemaah lebih afdal (utama) daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pemurahnya Allah SWT yang menawarkan ganjaran berlipat kali ganda menerusi solat berjemaah untuk direbut hamba-Nya. Mukmin yang menginsafi betapa ganjaran bernilai itu adalah antara anugerah Allah yang terbesar, akan sentiasa menghargai dan memburu kesempatan untuk solat fardhu berjemaah khususnya di masjid, malah terlepasnya peluang solat berjemaah dirasakannya sebagai satu kerugian.

Diriwayatkan bahawa Ubaidullah bin Umar al-Qawariri iaitu guru kepada Imam Bukhairi dan Imam Muslim berkata bahawa dia (Ubaidullah) tidak pernah ketinggalan solat Isyak berjemaah. Tetapi pada satu malam datang seorang tetamu ke rumahnya menyebabkan dia ketinggalan berjemaah Isyak disebabkan sibuk melayani tetamunya.

Sebaik tetamunya pulang, dia pun bergegas ke masjid di Basrah, didapati semua orang telah menunaikan solat Isyak dan masjid telah ditutup , lalu dia balik ke rumah dengan perasaan hampa.Oleh kerana hadis Nabi SAW menjelaskan bahawa solat berjemaah itu ganjarannya 27 kali ganda, maka beliau pun sembahyang Isyak 27 kali.

Beliau tidur dan bermimpi seolah-olah bersama satu kaum yang sedang mengembara dengan menunggang kuda tetapi dia tidakdapat mengekori orang lain. Salah seorang dari mereka menoleh ke belakang kepadanya, lalu memintanya tidak memenatkan kudanya kerana dia tidak akan mampu mengikuti kaum itu.

Ubaidullah bertanya kenapa. Lelaki itu menjawab kerana mereka solat Isyak berjemaah, sedangkan dia solat bersendirian ( ternyata walaupun melakukan 27 kali solat Isyak bersendirian tidak sama nilainya dengan sekali solat Isyak berjemaah.) Tidak lama kemudian Ubaidullah terjaga dalam keadaan sedih. Lalu dia memohon pertolongan dan taufik daripada Allah SWT.

Anugerah Allah SWT terhadap orang yang solat berjemaah bermula daripada terpautnya hati seseorang hamba Allah dengan masjid, disusuli dengan langkahnya menuju ke masjid kerana keinginan solat berjemaah hinggalah selesai solat dan kembali ke rumah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyatakan bahawa ada tujuh golongan manusia yang Allah akan tempatkan mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan nauungan-Nya (pada hari kiamat). Salah satu dari tujuh golongan berkenaan ialah lelaki (termasuk wanita) yang hatinya (sentiasa) terikat dengan masjid.

Imam al-Nawawi ketika menafsirkan sabda Nabi SAW itu menyatakan: "Maksudnya ialah hatinya sentiasa mengingati/merindui masjid dan beristiqamah pergi ke masjid kerana solat berjemaah. Ia bukan bermaksud berterusan duduk di dalam masjid.

Kelebihan yang diperoleh oleh sesiapa yang beristiqamah ke masjid untuk solat berjemaah dikurniakan Allah kerana masjid adalah rumah Allah. RUmah bagi setiap orang bertakwa. Adalah satu kelaziman bagi orang yang diziarahi akan menghormati orang yang bertandang. Maka, cuba bayangkan bagaimana peghormatan yang akan kita peroleh daripada Pencipta Alam semesta ini iaitu Allah SWT yang Maha Mulia lagi Maha Besar.

Dalam hadis lain dinyatakan bahawa Allah SWT berasa takjub dengan solat berjemaah seperti sabda Nabi SAW:" Daripada Abdullah bin Umar ra., katanya: Satu hari saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesunggugnya Allah takjub (kagum) dengan solat yang didirikan secara berjemaah". - (Hadis riwayat Ahmad)

Beruntung dan berbahagia sungguh seorang mukmin yang melakukan amalan di mana Allah sendiri berasa kagum dan takjub terhadap amalan berkenaan.

Dengan solat berjemaah di masjid, mudah-mudahan pelbagai ganjaran dapat diraih Muslim, bukan cuma ganjaran 27 kali ganda, tetapi ditambah lagi dengan kurniaan Allah yang besar lantaran memakmurkan rumah-Nya seperti Nabi SAW bersabda: "Barang siapa pergu ke masjid pada waktu pagi atau petang (untuk beribadah/solat berjemaah), Allah akan menyediakan untuknya satu tempat tinggal di syurga setiap kali ia pergi pada waktu pagi atau petang (sentiasa tersedia hal yang sama)." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Penulis ialah Pegawai Hal Ehwal Islam di Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia

sumber daripada : Berita Harian bertajuk "Solat berjemaah tawar ganjaran pahala berlipat kali ganda" (22/12/12).

Monday, February 17, 2014

Penyakit Wahn

Seperti buih-buih di lautan..

Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan umat di akhir zaman seperti buih.

“Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” 
Maka seorang bertanya : “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” 
Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” 
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?” 
Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.”

(Sahih - Hadis riwayat Abu Daud, Kitab al-Malahim: Bab: Fi Tada al Umam ‘Alal Islam, jld. 4, ms. 484, no: 4297)

Hadis di atas memaparkan perkhabaran baginda s.a.w mengenai keadaan umat Islam di akhir zaman. Menarik untuk diperkatakan di sini bahawa jika diamati hadis yang tertera di atas maka kita akan dapati Rasulullah s.a.w menyebut “... Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai..” bagi menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang sahabatnya.

Sebagaimana menurut penjelasan baginda s.a.w, ianya adalah disebabkan oleh sikap umat Islam sendiri yang tidak lagi berpegang teguh kepada jati diri Islam yang tulen, sebaliknya lebih cenderung kepada sifat terlalu cintakan dunia dan takutkan mati (al-Wahn). 

Maka dalam hadis ini ternyata kualiti umat Islam jauh lebih penting dari kuantiti mereka..


credit to : 
https://www.facebook.com/SunnahHadisRasulullahSaw 

Friday, January 17, 2014

Hilang Arah

Assalamualaikum..=)

Lama sudah tak update blog. mungkin tak banyak idea lagi atau peristiwa yang menarik untuk diceritakan di sini. Tapi apa-apa pun saya tetap terus mengisi entri dalam blog ni. Kali ni saya ingin kongsikan perkara yang berlaku kepada diri saya baru-baru ini, mungkin perkara ini pernah berlaku ataupun akan berlaku kepada korang semua pada suatu hari nanti.

          Manusia memang tak lari daripada mengalami pengalaman pahit dan manis dalam menjalani kehidupan di dunia ni. Ada masa kita naik dan ada juga masa kita turun. Baru-baru ni saya berasa diri ni macam jatuh daripada bangunan yang sangat tinggi. Berasa sangat susah untuk bangkit semula, hati dan perasaan mula merintih mengharapkan (bantuan dari Allah) ada insan lain menghulurkan tangan untuk menyelamatkan saya dari dunia kekusutan.

          Apa yang sebenarnya terjadi? Untuk dimulakan cerita, pada awal semester saya sangat bersemangat nak belajar, tak ponteng kelas, buat assignment dan test dengan baik. Yakin dapat score untuk semua subjek kalau tambahkan lagi usaha sebab semester sebelumnyalah yang  meningkatkan CPA daripada 2.5 jadi 2.88. Tapi malangnya apa yang diharapkan tak menjadi, pada hampir hujung semester kepala saya tiba-tiba jadi blur/ blank. Apa-apa yang dibuat semuanya tak kenaBanyak benda yang dirancang dari awal terjejas masa ini, test dan quiz tak boleh nak jawab. group projek terbengkalai sampaikan ramai yang kecewa dengan saya sebab tak membantu diorang. Apatah lagi final exam, terus tak datang jawab soalan.

          Saya mengambil masa agak lama untuk pulih dari kekalutan. Mula rasa macam nak menyembunyikan diri daripada semua orang. Tak makan kat cafe, cuma makan roti je kat bilik hari-hari. Mujur ada seorang lecturer yang sangat ambil berat pasal studentnya, cuba nak hubungi saya dengan berbagai cara. Sampaikan rasa nak bercerita masalah yang saya hadapi kat dia. Kemudiannya tak lama selepas tu, cerita tu sampai ke pengetahuan kaunselor yang saya pernah jumpa sebelum ni. Kaunselor tu telefon dan cakap dia cuba nak tolong saya, sebabnya kes macam ni dia pernah selesaikan.

         Saya dapat sikit kekuatan dan selepas tu balik rumah berbincang dengan mak ayah, jumpa kaunselor, jumpa lecturer. Menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dan cuba nak uruskan semula diri yang tak terurus. Kebetulan ada aktiviti perkhemahan pada hujung semester dengan member2 silat yang lain kat pantai Teluk Gorek, Endau, Johor. Ini memang peluang terbaik untuk mengambil bahagian, mencari ketenangan dengan menghayati keindahan alam, bergembira sambil belajar silat. Alhamdulillah selepas tu rasa diri dah okay. =).

         
Cuma perkara yang dah berlaku tak boleh diundur lagi, keputusan periksa comfirm teruk! Bila dikira-kira, hampir kesemua subjek akan dapat gagal. Gred keseluruhan pon akan terjejas. Tapi Alhamdulillah dapat meneruskan lagi pengajian sebab rekod sebelum ni baik. Tak apa, boleh lagi baiki balik apa yang dah "rosak". Semua ni adalah ujian daripada Allah, gagal hari ni membuatkan kita lebih kuat pada masa akan datang. Kaunselor ada sebut lebih kurang macam ni.. "Allah pilih awak untuk hadapi ujian ni sebabnya Allah nak bagi sesuatu kat awak. Allah nak bagi awak rasa pengalaman yang orang lain mungkin tak akan dapat dan benda tu yang akan membuatkan awak lebih matang dan boleh dimanfaatkan kepada orang lain.".

Setiap masalah kat dunia ni ada penyelesaiannya, jadi jangan mudah give up dengan apa jua sekalipun. (perkara yang bermanfaat je la, yang tak bermanfaat tu tak payah buat..hehe).

Monday, December 23, 2013

Macam Mana Nak Mula Nih ?

Assalamualaikum dan hai !!

Persoalan yang keluar dalam minda saya sekarang ni. Macam mana nak mulakan dengan blog ni? Memandangkan saya ni orang yang baru belajar, saya pun buatlah research sikit berkenaan dengan blog ni. Jadi saya singgah di otai-otai punya blog untuk mencari idea, ada yang berdakwah di blog dengan pendekatan menggunakan bakat menulis dan melukis komik seperti blog temetemerity, ada yang simple tapi sempoi dan lawak macam matluthfi90.com (aku minat sangat dengan mamat Kedah ni) dan macam-macam lagi. Masing-masing dengan penulisan diorang yang mantap dan berisi. Hmm, teringin nak jadi macam diorang yang tinggi karismanya. Jelez!!

          Keputusan telah dibuat, sambil mengupdate entri saya nak decorate blog ni supaya nampak menarik. Ambil masa juga la nak memikirkan design macam mana nak buat. Saya minat benda yang simple, tak suka yang jenis terlalu sesak dengan aksesori-aksesori yang tidak perlu. Cara penulisan pula, mungkin saya akan kekalkan cara penulisan sebegini dan cuba untuk memperbaiki lagi bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Jadi mulai sekarang kenalah rajin membaca dan menulis. Huhu. Tiba-tiba je minat dalam penulisan? (sejak sekolah penulisan memang hampeh). Apa yang nak dikongsikan? Nama blog ni pun "Perkongsianku". Okay, apa yang ingin saya sampaikan melalui blog ini adalah apa-apa sahaja perkara yang boleh bermanfaat kepada kita. Tiada pengkhususan lagi nak dibuat.

Okay, buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Yang penting dah mulakan langkah kehadapan (^ ^)v


Sunday, December 22, 2013

Entri Blog Saya Yang Pertama !

Assalamualaikum. (^ ^)v

Hai! Nama saya Shahrin baru lagi dalam dunia blog hari ni. Nama penuh tak perlulah saya kongsikan di sini, cukuplah sekadar nama panggilan. Saya berasal dari Johor dan masih lagi belajar di sebuah IPTA di negeri Pahang. Umur saya sekarang ni 20 tahun dan akan genap 21 bulan padaMei 2014. Apa yang penting, saya ni masih single and available tau. So, gadis-gadis kat diluar sana dialu-alukan untuk berkenalan dengan saya dengan lebih lanjut.Hihi. Itulah sedikit sebanyak biodata saya.

          Sebenarnya kalau nak tau, saya ni bukanlah orang yang popular, berkarisma tinggi, dan berpuitis macam blogger-blogger lain. Saya ni biasa- biasa sahaja, cuma nak mencuba untuk membuat sesuatu yang baru. Contohnya macam sekaranglah, hari ni saya start menulis dalam blog untuk kongsi sesuatu kat korang semua. Harap selepas ni, blog aku boleh jadi famous macam yang lain-lain. semangat nih!! hehe.

          Okay. dua(2) perenggan saja coretan untuk hari ini. biasalah kan, amatur lagi orang cakap. hehe. See ya later!.