Assalamualaikum dan hai !!
Persoalan yang keluar dalam minda saya sekarang ni. Macam mana nak mulakan dengan blog ni? Memandangkan saya ni orang yang baru belajar, saya pun buatlah research sikit berkenaan dengan blog ni. Jadi saya singgah di otai-otai punya blog untuk mencari idea, ada yang berdakwah di blog dengan pendekatan menggunakan bakat menulis dan melukis komik seperti blog temetemerity, ada yang simple tapi sempoi dan lawak macam matluthfi90.com (aku minat sangat dengan mamat Kedah ni) dan macam-macam lagi. Masing-masing dengan penulisan diorang yang mantap dan berisi. Hmm, teringin nak jadi macam diorang yang tinggi karismanya. Jelez!!
Keputusan telah dibuat, sambil mengupdate entri saya nak decorate blog ni supaya nampak menarik. Ambil masa juga la nak memikirkan design macam mana nak buat. Saya minat benda yang simple, tak suka yang jenis terlalu sesak dengan aksesori-aksesori yang tidak perlu. Cara penulisan pula, mungkin saya akan kekalkan cara penulisan sebegini dan cuba untuk memperbaiki lagi bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Jadi mulai sekarang kenalah rajin membaca dan menulis. Huhu. Tiba-tiba je minat dalam penulisan? (sejak sekolah penulisan memang hampeh). Apa yang nak dikongsikan? Nama blog ni pun "Perkongsianku". Okay, apa yang ingin saya sampaikan melalui blog ini adalah apa-apa sahaja perkara yang boleh bermanfaat kepada kita. Tiada pengkhususan lagi nak dibuat.
Okay, buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Yang penting dah mulakan langkah kehadapan (^ ^)v
Anda boleh saudara shahrin. Semoga blog ini akan menjadi blog yang bermanfaat. In shaa Allah.
ReplyDelete